Make your own free website on Tripod.com
Ibu Pejabat, Bahagian Perkhidmatan FarmasiPusat Bekalan Farmasi NegeriCawangan Penguatkuasa Farmasi NegeriHospital-hospital Sektor Awam di seluruh negeri SabahKlinik Kesihatan & KKIA




Alamat Perhubungan

Bahagian Perkhidmatan Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Tingkat 1, Rumah Persekutuan, Jalan Mat Salleh, 88590 Kota Kinabalu, Sabah
Tel : 088-265960
Faks : 088-223024
Email :pharm@jknsabah.gov.my

 



Ketahuilah Ubat Anda
 
  Apa itu Ubat ?
Sebelum menggunakan ubat anda.
  Penggunaan Yang Betul
  Pengubatan Kendiri (Self Medication)
  Bagaimana Cara Menyimpan Ubat Anda
  Sewaktu Perjalanan
  Kesan Sampingan
  Maklumat Tambahan:
  Ingat !!!

Apa itu Ubat ?
 
Ubat adalah bahan yang sangat poten dan boleh membahayakan, termasuk ubat yang dibeli secara "over the counter" di farmasi atau pasaraya ataupun diperolehi daripada doktor anda. Pembelian "over the counter " bermaksud ubat itu adalah ubat yang tidak memerlukan preskripsi dari doktor dan boleh dibeli dikedai Farmasi atau kedai biasa. Oleh itu, sekiranya ubat digunakan dengan betul, ia akan membantu anda menyembuh atau mengawal masalah kesihatan anda. Banyak kajian menunjukkan bahawa hampir 50% pesakit tidak mengambil ubat mereka dengan cara yang betul.

Adalah amat penting bagi anda mengetahui nama dan warna atau bentuk ubat anda. Banyak ubat mempunyai bentuk, warna dan saiz yang hampir sama walaupun berbeza nama dan kegunaannya. Ubat boleh ditulis oleh doktor mengikut nama generik atau nama dagangan. Sekiranya ada keraguan, minta pandangan dari doktor atau ahli farmasi anda.


  • Memudahkan pesakit mendapat bekalan ubat dari mana-mana hospital/Klinik Kesihatan/institusi KKM pilihannya.
  • Meningkatkan pematuhan pengambilan uat oleh pesakit.
  • memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan
  • Menyeragamkan sistem pendispensan ubat di farmasi-farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sebelum menggunakan ubat anda
 
Berikan maklumat

Setiap individu adalah berbeza dan ahli farmasi perlu mengetahui beberapa fakta tentang anda sebelum beliau dapat memberikan nasihat yang betul. Jadi, sebelum memperolehi sebarang ubat dari doktor atau ahli farmasi, anda perlu memberi maklumat-maklumat berikut:

Simptom atau masalah anda dan berapa lama anda telah mengalaminya

Samada anda telah berjumpa mana-mana pengamal perubatan

Semua ubat dan makanan tambahan yang anda sedang ambil atau telah ambil sebelum ini, termasuk ubat yang memerlukan preskripsi atau yang tidak memerlukan preskripsi

Samada anda ada alahan atau sensitif kepada ubat dan makanan tertentu atau bahan yang lain

Samada anda merokok, minum minuman keras atau mengamalkan sebarang senaman

Diet khusus yang sedang anda amalkan; rendah-gula, rendah-garam atau diet bagi mengurangkan atau meningkatkan berat badan

Jika anda hamil, bercadang untuk hamil atau menyusukan bayi

Sejarah penyakit dalam keluarga anda.

Baca label

Label pada sampul atau botol ubat mengandungi maklumat adalah penting. Label tersebut mungkin kelihatan berbeza tetapi ia akan menunjukkan maklumat yang sama iaitu:

nama anda

nama ubat dan kekuatannya

arahan bagaimana mengambil ubat

Contoh:

jumlah dan kekerapan yang perlu diambil

sebelum, semasa atau selepas makan

sebarang langkah berjaga-jaga yang perlu diambil seperti; jangan ambil alkohol bersama ubat ini

Secara umumnya, ubat elok diambil sebaik sahaja selepas makan. Ini membantu anda untuk mengingati waktu mengambil ubat dan untuk mengelakkan gangguan perut. Sesetengah ubat seperti PENICILLIN perlu diambil semasa perut kosong kerana makanan akan mengganggu penyerapannya. Sekiranya ada keraguan, bertanyalah kepada ahli farmasi.

Arahan pada label bukanlah hanya panduan semata-mata tetapi ia mesti dipatuhi dengan teliti. Contohnya:

AMBIL SEBELUM MAKAN

Ini bermaksud ambil ubat satu jam sebelum makan dan BUKAN dua minit sebelumnya. Sesetengah ubat perlu diserap dengan cepat ke dalam sistem badan kita sebelum ia boleh bertindak pada kekuatan sepenuhnya. Sekiranya perut kita sedang menghadamkan makanan yang dimakan, kadar serapan menjadi kurang dan sesetengah kesan ubat itu akan hilang atau diperlambat. Walaubagaimanapun, sekiranya anda terlupa untuk mengambilnya sebelum makan, ambillah ubat tersebut selepas 1 hingga 2 jam anda makan daripada tidak mengambilnya langsung. Lebih baik kalau anda semak dengan ahli farmasi untuk keterangan lanjut.

AMBIL SELEPAS MAKAN

Setengah ubat boleh menyebabkan gangguan perut. Bagi mengurangkan kesan ini, label akan menunjukkan arahan agar mengambil ubat selepas makan iaitu dalam masa 5 hingga 10 minit selepas makan.

AMBIL BERSAMA AIR

Arahan untuk mengambil ubat bersama air bermaksud ambil ubat bersama satu gelas penuh air. Ia akan menghalang tablet atau kapsul terlekat pada kerongkong. Jangan gantikan dengan jenis cecair yang lain tanpa mendapatkan nasihat daripada ahli farmasi atau doktor anda.

UNTUK DITELAN SEPENUHNYA, BUKAN DIKUNYAH

Setengah tablet atau kapsul mempunyai salutan atau lapisan khusus di atasnya yang melindungi ubat semasa ia bergerak melalui perut anda. Lapisan ini akan larut di dalam usus kecil bagi membebaskan ubat dan seterusnya diserap dengan sempurna tanpa mengganggu perut. Terdapat juga jenis lapisan yang membenarkan ubat dibebaskan secara berperingkat sepanjang hari. Mengunyah ubat akan memusnahkan sifat ini.

AMBIL SEMASA ATAU SELEPAS MAKAN

Sesetengah ubat boleh menyebabkan iritasi pada lapisan perut. Untuk melindungi perut, ubat tersebut perlu diambil bersama makanan atau selepas makan.

AMBIL PADA SELANG MASA YANG TETAP, HABISKAN UBAT INI

Apabila anda mengambil antibiotik untuk melawan jangkitan, biasanya anda akan berasa lebih sihat selepas satu atau dua hari. Walaubagaimanapun, kuman yang menjangkiti anda mungkin masih hidup dan sedia untuk membiak apabila ubat dihentikan. Dengan mengambil dos yang tetap dan menghabiskan ubat, ini dapat memastikan semua kuman di dalam badan dihapuskan. Jika tidak, mereka boleh menjadi kebal (resistant) kepada ubat tersebut dan akan menyebabkan jangkitan berulang lagi.

BOLEH MENYEBABKAN MENGANTUK. SEKIRANYA TERJADI, ELAKKAN MEMANDU KENDERAAN ATAU MENGENDALIKAN MESIN

Sesetengah ubat boleh menjadikan anda terlalu letih untuk memandu atau mengendalikan mesin dengan selamat. Semak dengan ahli farmasi sekiranya anda tidak pasti samada ubat yang diambil boleh menyebabkan masalah ini.

JANGAN SEKALI-KALI MENGAMBIL UBAT DI DALAM KEADAAN GELAP WALAUPUN ANDA TAHU DI MANA ANDA MENYIMPAN UBAT TERSEBUT

  • Jumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dan preskripsi.
  • Dapatkan bekalan ubat dari farmasi di hospital/institusi Kementerian Kesihatan Malaysia yang sama di mana anda berjumpa doktor.
  • Maklumkan kepada petugas farmasi dimana anda ingin mendapatkan bekalan berikutnya.
  • Pastikan preskripsi anda telah dicop “SPUB” sebelum meninggalkan kaunter. Farmasi.

:: Pastikan

  • Tarikh temujanji.
  • Bawa preskripsi asal yang bercop “SPUB”
  • Pergi ke hospital/Klinik Kesihatan/Institusi Kementerian Kesihatan Malaysia yang dipilih.

Maklumat Lanjut
 
Untuk maklumat lebih lanjut, sila berhubung dengan Pegawai Farmasi/Pembantu Farmasi/Pembantu Farmasi di hospital/klinik Kesihatan yang berdekatan.
 
 
 
Peperiksaan Forensik Lembaga Farmasi
- 4 April 2005 (Isnin)

Persidangan Pegawai Farmasi Sabah
- 15 - 17 Jul 2005
Pelancaran Logo Baru & Laman Web Bahagian Perkhidmatan Farmasi Sabah

Hari Aids Sedunia
- 1 Disember 2005
"Women & AIDS"

Peperiksaan Tahap Kecekapan
: 20-22 September 2005
 
     
   
 
Ingat !!!

Jangan tinggalkan Farmasi tanpa memahami arahan dengan jelas.

Jangan berhenti mengambil ubat kerana anda berasa telah sihat. Jangan hentikan pengambilan antibiotik lebih awal daripada jangkamasa yang diarahkan kerana bakteria yang masih hidup sangat merbahaya, menjadi kebal terhadap antibiotik yang diambil dan mungkin tidak dapat dihapuskan. Bakteria ini boleh membiak serta merebak dan seterusnya menyebabkan jangkitan semula.

Jangan berhenti makan ubat disebabkan oleh sedikit kesan sampingan atau kerana anda berasa sihat atau anda merasakan ubat tersebut tidak membantu anda. Sesetengah ubat mengambil masa untuk berkesan sepenuhnya.

 
Tarikh Kemaskini : 25 Nov 2004
Paparan terbaik pada
resolusi 1024 x 768


Halaman Utama | Direktori Farmasi | Maklumbalas | Muat Turun | Hiperangkaian | Hubungi Kami | English Version

Hak Cipta Terpelihara © Bahagian Perkhidmatan Farmasi, JKN Sabah 2004