Make your own free website on Tripod.com
Ibu Pejabat, Bahagian Perkhidmatan FarmasiPusat Bekalan Farmasi NegeriCawangan Penguatkuasa Farmasi NegeriHospital-hospital Sektor Awam di seluruh negeri SabahKlinik Kesihatan & KKIA




Alamat Perhubungan

Bahagian Perkhidmatan Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Tingkat 1, Rumah Persekutuan, Jalan Mat Salleh, 88590 Kota Kinabalu, Sabah
Tel : 088-265960
Faks : 088-223024
Email :pharm@jknsabah.gov.my

 



Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB)
 
SPUB adalah suatu Sistem pembekalan ubat untuk kes-kes yang dirujuk oleh Jabatan Farmasi, dimana pesakit mendapatkan bekalan ubat susulan dari hospital/klinik Kesihatan/institusi KKM pilihan pesakit.

Latar Belakang
 
Sistem ini bermula semasa persidangan Pengarah-pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia pada April 1999 Pulau Pinang.

Tema pembentangan kertas cadangan oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) Melaka yang bertajuk "Intergrated Pharmaceutical Care in Health System" telah dipersetujui secara dasar oleh KKM untuk dilaksanakan.

Kertas kerja ini menjadi asas kepada penyediaan kerja konsep dan implementasi Sistem Pendispensan Ubatan Bersepadu dimana ianya:
  • merupakan salah satu strategi untuk melaksanakan :Intergrated Pharmaceutical Care"
  • memberi kemudahan rawatan pesakit berhampiran dengan rumah
  • memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan
  • selaras dengan matlamat Perkhidmatan Kesihatan untuk abad ke 21
    menuju ke arah Penjagaan


Objektif
 
  • Memudahkan pesakit mendapat bekalan ubat dari mana-mana hospital/Klinik Kesihatan/institusi KKM pilihannya.
  • Meningkatkan pematuhan pengambilan uat oleh pesakit.
  • memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan
  • Menyeragamkan sistem pendispensan ubat di farmasi-farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia.

Skop
 
Prosedur ini diguna pakai bagi semua pesakit yang mendapatkan rawatan dan menerima preskripsi jangka panjang (preskripsi untuk seseorang pesakit yang menerima rawatan melebihi satu bulan) dari hospital/Klinik Kesihatan/institusi Kementerian Kesihatan Malaysia.

:: Apa yang perlu anda lakukan

  • Jumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dan preskripsi.
  • Dapatkan bekalan ubat dari farmasi di hospital/institusi Kementerian Kesihatan Malaysia yang sama di mana anda berjumpa doktor.
  • Maklumkan kepada petugas farmasi dimana anda ingin mendapatkan bekalan berikutnya.
  • Pastikan preskripsi anda telah dicop “SPUB” sebelum meninggalkan kaunter. Farmasi.

:: Pastikan

  • Tarikh temujanji.
  • Bawa preskripsi asal yang bercop “SPUB”
  • Pergi ke hospital/Klinik Kesihatan/Institusi Kementerian Kesihatan Malaysia yang dipilih.

Maklumat Lanjut
 
Untuk maklumat lebih lanjut, sila berhubung dengan Pegawai Farmasi/Pembantu Farmasi/Pembantu Farmasi di hospital/klinik Kesihatan yang berdekatan.
 
 
 
Peperiksaan Forensik Lembaga Farmasi
- 4 April 2005 (Isnin)

Persidangan Pegawai Farmasi Sabah
- 15 - 17 Jul 2005
Pelancaran Logo Baru & Laman Web Bahagian Perkhidmatan Farmasi Sabah

Hari Aids Sedunia
- 1 Disember 2005


Peperiksaan Tahap Kecekapan
: 20-22 September 2005
 
     
   
Tarikh Kemaskini : 25 Nov 2004
Paparan terbaik pada
resolusi 1024 x 768


Halaman Utama | Direktori Farmasi | Maklumbalas | Muat Turun | Hiperangkaian | Hubungi Kami | English Version

Hak Cipta Terpelihara © Bahagian Perkhidmatan Farmasi, JKN Sabah 2004