Make your own free website on Tripod.com
Ibu Pejabat, Bahagian Perkhidmatan FarmasiPusat Bekalan Farmasi NegeriCawangan Penguatkuasa Farmasi NegeriPerkhidmatan Farmasi HospitalKlinik Kesihatan & KKIA




Alamat Perhubungann

Bahagian Perkhidmatan Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Tingkat 1, Rumah Persekutuan, Jalan Mat Salleh, 88590 Kota Kinabalu, Sabah
Tel : 088-265960
Faks : 088-223024

Email :pharm@jknsabah.gov.my

 

Tarikh Kemaskini : 25 Nov 2004
Paparan terbaik pada
resolusi 1024 x 768



Farmasi Hospital adalah satu unit di bawah Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertanggungjawab untuk memastikan undang-undang farmasi dipatuhi untuk melindungi orang awam.

Perkhidmatan Farmasi Hospital adalah berlandaskan konsep ke arahmemberikan 'Pharmaceutical Care' yang optima kepada setiap individu pesakit. Jabatan Farmasi di hospital pakar lebih menumpukan perhatian kepada amalan farmasi klinikal.

Fungsi perolehan dan pembekalan ubat-ubatan dan alat-alat perubatan dalam perkhidmatan tidak dapat diketepikan kerana penggunaan ubat-ubatan dengan rasional dan berkesan hanya dapat diamalkan dengan adanya sistem pengurusan pembekalan ubat-ubatan yang cekap dan kukuh Berikut adalah senarai hospital-hospital kerajaan yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,yang terdapat di sekitar negeri Perak.

Jenis Perkhidmatan Farmasi Hospital
Yang Disediakan

  Farmasi Pesakit Luar
  Farmasi Pesakit Dalam
  Perkhidmatan Kaunseling Ubat-ubatan
  Perkhidmatan Maklumat Ubat-ubatan Keracunan (DIS)
  Perkhidmatan Farmakokinetik Klinikal (TDM)
  Perkhidmatan Penyediaan Larutan Nutrisi Parenteral (TPN) Sediaan Asepti
  Perkhidmatan Rekonstitusi Drug Sitotoksik
  Farmasi Pengeluaran
  Unit Perolehan dan Bekalan


FARMASI PESAKIT LUAR


Merupakan unit yang memberi khidmat bekalan ubat kepada pesakit luar dari klinik-klinik pakar serta unit kemalangan dan kecemasan di hospital.

Bahagian ini juga mempunyai bilik khas untuk menjalankan kaunseling ubat-ubatan kepada pesakit [ke atas]

"Farmasi Pesakit Luar"   
  -- photo dari Hospital Kota Belud  


 
FARMASI PESAKIT DALAM
 
Farmasi bekalan wad adalah unit yang memberi khidmat bekalan ubat kepada wad-wad, unit-unit rawatan rapi serta klinik-klinik pesakit luar. [ ke atas ]
"Farmasi Pesakit Dalam - Satelit Farmasi"
  -- Photo dari Hospital Duchess of Kent
 
PERKHIDMATAN KAUNSELING PESAKIT

Membimbing dan mengajar pesakit serta penjaga pesakit tentang penggunaan ubat dengan betul dan rasional. Perkhidmatan ini dijalankan oleh Pegawai Farmasi dan dijalankan sepanjang waktu pejabat.

Pesakit atau keluarga pesakit amat digalakkan untuk berjumpa dengan Pegawai Farmasi untuk sesi kaunseling.

Sesi kaunseling dijalankan di Farmasi Pesakit Luar bagi pesakit luar dan di wad-wad bagi pesakit dalam. [ ke atas ]

PERKHIDMATAN MAKLUMAT UBAT-UBATAN KERACUANAN (DIS)

Merangkumi aktiviti-aktiviti memberi maklumat yang tepat, seimbang dan faktual serta perundingan yang terutamanya ditujukan untuk mengatasi masalah berkaitan dengan pesakit yang diterima oleh Pegawai Farmasi,Jururawat, Pegawai Perubatan dan anggota kesihatan yang lain.

Ianya melibatkan komunikasi dengan pengamal perubatan mengenai maklumat bersesuaian yang boleh digunakan dalam pengamalan terapeutik yang rasional. [ ke atas ]

PERKHIDMATAN FARMAKOKINETIK KLINIKAL (TDM)


"Perkhidmatan TDM"

  -- Photo dari Hospital Queen Elizabeth

Menjalankan aktiviti pemonitoran terapeutik ubat, iaitu satu proses di mana paras ubat di dalam sampel darah diuji. Dengan keputusan ujian tersebut dan pengetahuan mengenai farmakokinetik ubat yang diuji, syor boleh diberi kepada doktor terhadap regimen terapeutik yang paling sesuai untuk pesakit berkenaan. [ ke atas ]
PERKHIDMATAN PENYEDIAAN LARUTAN NUTRISI PARENTERAL (TPN) SEDIAAN ASEPTIK
Bertujuan menyediakan pencampuran nutrisi yang steril dengan menggunakan teknik aseptik (teknik bebas kuman) untuk pesakit-pesakit yang tidak boleh makan samada akibat penyakit saluran penghadaman atau selepas menjalani pembedahan yang melibatkan sebahagian besar saluran penghadaman.  
"Penyediaan TPN"
  -- Photo dari Hospital Queen Elizabeth
Di dalam keadaan tersebut, pesakit pelu diberi nutrisi melalui saluran darah atau laluan parenteral. [ ke atas ]

PERKHIDMATAN REKONSTITUSI DRUG SITOTOKSIK
Adalah komponen farmasi onkologi. Farmasi onkologi adalah satu lagi cabang profesion farmasi yang meliputi penyediaan dan pembekalan ubat sitotoksik (ubat kanser).

Ubat-ubat sitotoksik ini disediakan dengan cara yang selamat dan berkesan serta siap untuk diguna di wad. Sediaan ini merupakan komponen yang penting di dalam rawatan pesakit kanser.
     
Perkhidmatan ini perlu dijalankan oleh kakitangan terlatih di dalam sebuah kawasan atau bilik yang sesuai untuk mengelakkan pendedahan kepada ubat tersebut yang mempunyai ciri-ciri yang membahayakan kepada pengedalinya. [ ke atas ]  
"Rekonstusi Ubat Sitotoksik"
  -- Photo dari Hospital Queen Elizabeth

FARMASI PENGELUARAN  
Memfokuskan kepada penyediaan ubat-ubat steril dan prabungkusan ubat-ubat.

Namun demikian, pengeluaran persediaan-persediaan khas yang sukar diperolehi atau yang terlalu mahal di pasaran masih akan diteruskan. [ ke atas ]

UNIT PEROLEHAN DAN BEKALAN
Unit Perolehan dan Bekalan atau lebih dikenali sebagai Stor Integrasi bertanggungjawab memastikan bekalan ubat-ubatan dan barangan perubatan mencukupi secara berterusan pada kos minima dan perolehan dalam tempoh masa yang singkat. [ ke atas ]
"Stor Integrasi "
  -- Photo dari Hospital Tuaran
Stor Integrasi turut memperoleh, menyimpanan dan mengagihan barang perubatan bagi poliklinik-poliklinik dan pusat-pusat kesihatan di persekitaran yang terdekat. [ ke atas ]



Senarai hospital-hospital kerajaan yang dikendalikan BPF, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, yang terdapat di sekitar negeri Sabah  
       
  Hospital Queen Elizabeth  
  Hospital Duchess of Kent, Sandakan  
  Hospital Tawau  
  Hospital Mesra Bukit Padang  
  Hospital Keningau  
  Hospital Lahad Datu  
  Hospital Beaufort  
  Hospital Beluran  
  Hospital Kinabatangan  
  Hospital Kota Belud  
  Hospital Kota Marudu  
  Hospital Kudat  
  Hospital Papar  
  Hospital Ranau  
  Hospital Semporna  
  Hospital Sipitang  
  Hospital Tambunan  
  Hospital Tenom  
  Hospital Tuaran  
       
       
       
       
       
       
       
       

Hak Cipta Terpelihara Bahagian Perkhidmatan Farmasi, JKN Sabah 2005